Hmm.. ada beberapa ketika aku mengalami pergumulan di dalam hati..
ada perkara yang aku takutkan berlaku kepada diriku dan juga kepada
keluargaku... pening juga aku sebab fikiran aku asyik kearah kekusutan itu..
sehingga satu tahap aku mempersoalkan kebenaran Tuhan itu... last2 sebab aku
dah tak tahan lagi aku pergi la minta pertolongan dan minta didoakan oleh
Pastor Peter De Run.. and after that... fuhh.. aku kembali normal hehe.. okla..
aku dah tak tension2 lagi pikir sal benda yang bukan2... pernahkan anda
meragui kebenaran Tuhan kita Yesus Kristus? Pernahkan anda tidak yakin kepada
kepercayaan anda kepada Tuhan anda? Pernahkan juga anda berasa takut yang anda
akan meninggalkan Tuhan anda yang hebat ini?? Jika anda pernah
mengalami perkara yang sama juga.. jum baca respon dari Pastor Peter yang
sangat membantu ini.. semoga anda juga diberkati (^_^)v
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap kali saya dengar orang bercerai, saya terfikir akan daya
tahan perkahwinan saya tetapi sesudah itu saya periksa keadaan perkahwinan saya
dan sengaja berusaha menguatkan apa-apa kelemahan yang ada dan terus
memantapkan perkahwinan saya. Begitu juga dengan apa yang yang anda alami.
Setiap kali melihat orang lain berhenti percaya kepada Yesus
memang patut timbul keraguan dan tanda tanya sehingga mungkin rasa cemas,
terfikir yang anda juga akan murtad. Akan tetapi sesudah itu anda MESTI
bertanya dan menulis atas kertas semua persoalan, pergelutan dan idea negatif
yang timbul. Berani menghadapinya.
Kenalpasti kelemahan dan soalan-soalan iman penting yang anda tidak tahu
jawapannya, tetapi yang jawapannya perlu untuk memastikan anda terus
percaya dalam Injil dan Yesus. bertanya,
baca buku, berdoa - buat apa sahaja yang perlu untuk dapatkan jawapan. Apa
yang dikenalpasti sebagai hal yang masih dipercayai dan diterima benar mesti
diakui dan dimantapkan.
Tanya diri: Apakah yang membuat
iman saya goyah? Apa sebab-sebabnya saya percaya? Apakah sebab-sebab ini benar,
baik dan boleh tahan diserang/diuji? Kalau tidak cari kebenaran. Tidak salah
meragui atau 'doubt' (sangsi?) - murid-murid Yohanes Pembaptis tak pasti Yesus
Al-Masih dan murid-murid Yesus pun banyak kali ditanya Yesus: Siapa kata kamu
diri saya ini? dan "Adakah kamu juga mahu tinggalkan saya?" Jujur dengan diri
sendiri dan kesangsian yang ada. kenalpasti pertanyaan iman dan cari jawapan. Akhirnya buat keputusan
- mahu terus percaya atau murtad?
~ Ps. Peter De Run.
P/s: Satu perkara paling aku ingat tentang Tuhan ialah Dia sentiasa ada tak kira di waktu aku senang mahupun waktu aku susah.. (^_^)v