A simple short story in BM for my task before... just wanna share (^_^)
Gadisku Dalam Koma..
“Tik, tik, tik..”
Bunyi jam dinding memecah sunyi malam itu. Aku tersedar dari lamunanku. Terlalu
lama aku merenung wajahnya yang terkujur lemah di situ sampai membawa fikiranku
melayang ke masa lalu.
Anna..itulah nama gadis yang kini terlantar koma di
Hospital Kapit sejak tiga bulan yang
lalu. Kecedaraan tulang belakang yang teruk membuatkan Anna terbaring lesu dan
aku tidak terdaya membuat apa-apa, Aku sedar inilah balasan Tuhan terhadapku. Aku
tidak segan lagi mengeluarkan air mata lelakiku tanda kesal melihat Anna
menderita keranaku.
Anna begitu sayang kepadaku. Selama enam tahun aku
mengenalinya, dia tidak pernah lupa untuk menunjukkan kasihnya kepadaku. Aku
masih ingat lagi tahun lepas..Anna memberiku sekotak hadiah yang besar untuk harijadiku.
Dia himpunkan 365 jenis hadiah-hadiah kecil yang dikumpulnya setiap hari selama
setahun untukku. Betapa hatiku terharu akan hadiah itu lantas aku memeluknya
sebagai tanda sayangku kepadanya. Tapi..aku juga masih ingat tahun lepas..aku
terlupa akan harijadinya malah aku keluar berhibur dengan kawan-kawanku pada
malam itu, membiarkan Anna menyambut hari lahirnya sendirian di rumah.
“Eh, abang dah balik?
Anna dah masak lauk kegemaran abang. Jom kita makan sama”,
kata Anna yang tadinya tertidur di sofa pada suatu malam, menungguku balik. “Anna makanlah sendiri ya. Abang dah penat,
nak tidur dulu”, jawabku selamba tanpa sedar akan betapa tergurisnya hati
Anna keranaku.
Aku tidak pernah mendengar Anna merungut walaupun aku
melayannya sebegitu. Namun pada suatu malam, Anna tidak mampu lagi memendamkan
perasaannya. Malam itu, aku sibuk menyiapkan kerja-kerja pejabatku dan balik
lewat. Anna menyambutku dengan senyuman yang agak pahit dan kusedar ada
solekkan di wajahnya. “Selamat ulangtahun
perkahwinan kita bang”, bisik Anna tiba-tiba dari belakangku ketika menaiki
tangga menuju ke bilik tidur. Aku tersentak. Aku telah berjanji membawanya makan
di restoren di mana kami pertama kali berjumpa dulu. Aku menoleh ke arah Anna dan
melihatnya sudah tersedu-sedan menangis.
“Sayang, abang lupa
lagi”, jawabku. Kurenung wajah Anna yang bertukar
merah. “Aku benci kau!!! Mementingkan diri!”,
tiba-tiba Anna menjerit.
Itulah kata-kata terakhir Anna kepadaku. Ya! Akulah
lelaki hina yang telah acapkali terlupa dan mengabai isteriku Anna kerana
kesibukkanku. Namun keegoan untuk
mengakui kesalahanku..lantas lima jari kanan ku begitu ringan hinggap di pipi
Anna sebelum dia terjatuh dan tersungkur di bawah tangga rumah kediaman kami.
Aku kesal!!! Mengapa sanggup aku bertindak kejam terhadap
wanita yang begitu menyayangiku? Ingin kukembali ke masa itu. Membetulkan segala
silap dan salahku. Tapi ku sedar, biar dengan air mata darah pun semuanya tidak
akan kembali.
“Sayang, maafkanku..aku
tidak meminta lebih Anna..kembalilah kepadaku kerana tiada yang lebih baik darimu..bangun
Anna..abang rindu ANNA!!”, tangisanku membasahi
tangan Anna yang kugenggam. Tapi.. Anna tetap kaku.. terdiam membisu di dalam
komanya….
P/s:
Hargailah semua yang menyayangi kita sebelum terlambat…. God bless us all..