RSS

Tell your dad that you love him before it's too late (^_^)v


My dad… You’re always in my heart..

            Today is 9th April 2011.. 3 hari lagi bday my dad yang ke-56.. nak beli present? Buat surprise party?? Call him?? Or having family dinner with him on that special day??? None of this I’ll do for him this year.. (T_T) why???? Sebab dia dah pergi tinggalkan kami untuk selama-lamanya.. kalau kira betul2, dah 227 hari dady da hidup di alam baru di sana.. belum sampai setahun pun kan.. tapi kehilangan dia sebagai Boss keluarga memang sangat terasa, lebih-lebih lagi oleh my mumy..huu im so sad when im think about it.. aku tulis nie pun sebab hati aku begitu tergerak nak ‘cercerita’ pasal dady aku nie..plan awl nak tulis jak time bday dia nanti iaitu 12th April, tapi takut busy plak time tu kan.. so here is the story..tu pun kalau korang nak baca hehe
Dady tgh posing kerja hehehe
            My dad.. Stanley Limbang Anak Ngalai.. what a cool name… aku suka nama dady aku..bergaya, mutu, keunggulan jak nama tu bagi aku hehee… dari cerita nenek, auntie2 and my mumy, dady ku hidup susah dari kecil bersama-sama dgn parents angkat dia.. (hurmm aku pun tak pasti mana satu real parents of my dad sebab banyak sangat grandparents aku sebelah my dad).. btw he is the only son of his real parents dan dibesarkan bersama-sama seorang kakak dengan parents angkatnya.. bagi aku dady jenis yang suka belajar benda baru.. dia tahu banyak sangat perkara dan tidak suka ketinggalan daripada orang lain.. my dad experted dalam hal2 elektrik & pertukangan tapi sangat lemah dalam hal masak2, dan bekebun or I can say that he really hated those things huhu.. satu lagi my dad sangat suka belajar pasal komputer dan handphone.. my late dady berjiwa muda paduhal hehee..
            Aku mewarisi banyak gen bapak aku hahha.. dalam 76% la kot hehe.. kakak sulung ku lagi hebat dalam 87% manakala adik aku fuhh dalam 93% ambil gen bapak aku hahaa.. kami tiga lebih ikut muka my dad while siblings yang lain ambik muka my mum lebih byk.. Aku tak rapat sangat dengan dady ku.. mybe sebab my dad busy with his works sepanjang aku membesar.. aku tak juga pernah salahkan dia pasal hal nie.. tapi bila aku lihat kawan2 lain manja2 dengan bapak mereka, adala rasa jeles tu timbul.. but what to do..yang pasti aku tahu dady aku sayang aku dan aku sayang dady aku jugak.. Cuma semuanya tidak dapat ditunjukkan secara lahiriahnya.. oh ya.. rasanya dalam family aku, aku la yang paling selalu bagi present kat dady time bday  hehe..besala aku kan jenis yang sentimental skit..haha tapi satu aku paling ingat time dady aku ajak aku celebrate bday aku.. aku masih tahun 5 time tu kot.. tiba2 jak dady jemput aku balik lpas kelas tambahan dan dia bawak aku makan kat SugarBun Kapit.. tak pernah2 uuu.. dia tak cakap pa2 tapi aku tahu dia ingat jugak hari itu ialah bday aku hehhe.. satu lagi aku selalu ingat psal dady aku ialah dia selalu jadi tukang teman aku mandi hahaa… besala aku penakut time kecik2 dulu.. masa mok mandi untuk pergi sekolah pagi-pagi tue, aku mesti bangunkan dady untuk temankan aku.. kesian dady aku time tu.. sabar jak la dia tnggu aku hbis mandi kat luar bilik mandi hehehe
Dady with his naughty kids
            Bila aku ingat2 balik, aku kesal sebab aku belum sempat nak belanja bapak aku shopping.. itu antara perkara yang aku mahu lakukan untuk parents aku..sebabnya, dari kecil aku lihat both of my parents berkorban dan jarang membeli untuk diri mereka sendiri kerana mereka nak jimat duit supaya keperluan kami anak-anaknya dapat dipenuhi terlebih dahulu.. dady aku bukan manusia sempurna.. dia jugak telah banyak lakukan kesilapan yang melukakan banyak hati yang menyayanginya.. but you know what dady.. I’ve forgave you long before.. no matter what you did, it won't make me love you less… because you are my only dad..
            Satu lagi hal aku kesal selepas pemergian my dad ialah aku tidak pernah cakap yang aku sayang kat dia dan dia tak pernah juga cakap benda yang sama dekat aku..  kalau aku ada satu peluang terakhir, aku mahu ucap perkara ini kat dia dan peluk dia kuat2.. aku nak dia tahu yang aku hargai semua yang dia pernah lakukan untuk aku dan aku sentiasa memaafkan dia untuk semua kesilapannya terhadap family kami..fuhh… tak mampu lagi aku nak teruskan crita nie.. mata pun da merah2 nie tahan sebak.. soooo…. God bless your soul dad… I’ll always pray for you up there… and I more things I want you to know dady… I do miss you every single day…. Really miss you damn much…….
p/s: tell that someone that you love.. just what you’re thinking of..because we never know that if tomorrow never comes for us…
My last pic with him..

Love... why still hurt???


Love.. why still hurt.. 

Author: Eve



I saw that picture
And it wasn’t me..
Still it hurts
After all this time
Love still remain..

I heard you’re living
Not yet moving on..
Still it hurts
After all this time
Still holding on..

I realise.. 
There’s part of me.. part of my heart 
still belong to you 
But I can’t help it

Is there’s part of you miss me
Is there’s love left in your heart for me
But I won’t begging..
I can stand watching you with someone else
But can you just stay..

At the end I only wish for your happiness..

P/s: Menyayangi sesorang tidak bermakna kita akan memiliki dirinya.. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa Tuhan mempertemukan kita dengan seseorang tetapi akhirnya memberi luka di dalam hati kita? Tuhan pasti punya sebab dan untuk semua itu.. salah satunya ialah untuk membuatkan kita lebih kuat dan tabah di dalam hidup.. tidak semua yang kita ingini akan kita dapat.. tapi Tuhan sentiasa bersedia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan.. saya yakin pada Tuhan saya..apabila tiba masanya kelak, Dia akan mempertemukan saya dengan kekasih sejati saya..Bila dan bagaimana hanya Dia yang tahu.. yang perlu saya lakukan sekarang ialah berdoa dan berusaha.. God bless everybody... for those who have broken heart, don't be sad my friends..i know how you feel and let time heal the pain (^_^)v peace!!

Apabila si Lelaki benar-benar mengasihi si Wanita….

Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.”-1 Korintus 13:4
         

         Jadi kamu sekarang sudah ada kekasih dan kamu tertanya-tanya adakah dia benar-benar menyayangi kamu. Apakata bandingkan sahaja keadaan hubungan kamu dengan cara mengasihi yang telah ditulis di dalam Alkitab suci kita. Cuba amalkan apa yang kamu baca pada ayat di atas dan kamu dapati bahawa apabila si Lelaki benar-benar mengasihi si Wanita, dia akan…
·         Pertama.. Hormat akan pendapatnya (Respect her mind)
          Apa yang difikirkan dan perasaan wanita itu menjadi perkara yang penting bagi si Lelaki. Dia akan gemar kepada perbualan yang baik bersama si Wanita dan ingin tahu akan apa impian hidup wanita kesayangannya. Bagi si lelaki, wanita inilah merupakan wanita yang paling bijak dan akan sentiasa meminta pandangannya.
·         Kedua… Hormat akan tubuhnya.. (Respect her body)
          Dia tidak akan menyentuhnya seperti mana cara yang patut untuk suami dan isteri. Dia tidak akan membuat permintaan sexual yang akan membuatkan Si Wanita berasa tidak selesa dan bersalah. Dia melindungi kesuciannya. Si Lelaki yang pengasih tidak akan menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menyakitkan dan mengawal wanitanya.
·         Ketiga… Hormat akan jiwanya.. (Respect her soul)
          Dia menghargai wanitanya dan melihat kecantikan dan kepentingan si wanita. Dia memberi dan menyuburkan hati wanitanya dengan memberi dorongan untuk bakat dan keistimewaannya. Keperluan dan perasaan si wanita adalah sangat penting bagi si lelaki. Dia tidak akan mensia-siakannya serta tidak akan membuatkannya merasa tidak berharga.

          Lelaki yang baik dan pengasih bukanlah seorang yang sempurna. Dia juga akan melakukan kesalahan. Akan tetapi, adakah dia sanggup mengakui kesalahannya, dengan rendah hati memohon pengampunan dan ingin berubah?
          Ianya sangat berbahaya untuk mempunyai perhubungan dengan si lelaki yang selalu melafazkan rasa sayangnya tetapi tidak menunjukkannya dari caranya yang menyentuh hati. Jika dia menghormati fikiran, tubuh dan jiwa kamu semasa menjadi kekasih kamu, peluang amat baik untuk dia untuk terus melakukan perkara yang sama selepas berkahwin.
          Love is seen by the things that we do..not just in the words we speak….
p/s: memang sakit apabila kita dilukai oleh orang yang kita sayangi..namun semua itu mengajar kita untuk lebih bijak dalam memilih keputusan untuk memberikan cinta kita untuk orang yang seterusnya.. dan ingat tidak salah apabila kita menyayangi orang lain walaupun tidak semestinya kita juga disayangi.. God please guide me in my love journey (^_^)