“Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.”-1 Korintus 13:4
Jadi kamu sekarang sudah ada kekasih dan kamu tertanya-tanya adakah dia benar-benar menyayangi kamu. Apakata bandingkan sahaja keadaan hubungan kamu dengan cara mengasihi yang telah ditulis di dalam Alkitab suci kita. Cuba amalkan apa yang kamu baca pada ayat di atas dan kamu dapati bahawa apabila si Lelaki benar-benar mengasihi si Wanita, dia akan…
· Pertama.. Hormat akan pendapatnya (Respect her mind)
Apa yang difikirkan dan perasaan wanita itu menjadi perkara yang penting bagi si Lelaki. Dia akan gemar kepada perbualan yang baik bersama si Wanita dan ingin tahu akan apa impian hidup wanita kesayangannya. Bagi si lelaki, wanita inilah merupakan wanita yang paling bijak dan akan sentiasa meminta pandangannya.
· Kedua… Hormat akan tubuhnya.. (Respect her body)
Dia tidak akan menyentuhnya seperti mana cara yang patut untuk suami dan isteri. Dia tidak akan membuat permintaan sexual yang akan membuatkan Si Wanita berasa tidak selesa dan bersalah. Dia melindungi kesuciannya. Si Lelaki yang pengasih tidak akan menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menyakitkan dan mengawal wanitanya.
· Ketiga… Hormat akan jiwanya.. (Respect her soul)
Dia menghargai wanitanya dan melihat kecantikan dan kepentingan si wanita. Dia memberi dan menyuburkan hati wanitanya dengan memberi dorongan untuk bakat dan keistimewaannya. Keperluan dan perasaan si wanita adalah sangat penting bagi si lelaki. Dia tidak akan mensia-siakannya serta tidak akan membuatkannya merasa tidak berharga.
Lelaki yang baik dan pengasih bukanlah seorang yang sempurna. Dia juga akan melakukan kesalahan. Akan tetapi, adakah dia sanggup mengakui kesalahannya, dengan rendah hati memohon pengampunan dan ingin berubah?
Ianya sangat berbahaya untuk mempunyai perhubungan dengan si lelaki yang selalu melafazkan rasa sayangnya tetapi tidak menunjukkannya dari caranya yang menyentuh hati. Jika dia menghormati fikiran, tubuh dan jiwa kamu semasa menjadi kekasih kamu, peluang amat baik untuk dia untuk terus melakukan perkara yang sama selepas berkahwin.
Love is seen by the things that we do..not just in the words we speak….
p/s: memang sakit apabila kita dilukai oleh orang yang kita sayangi..namun semua itu mengajar kita untuk lebih bijak dalam memilih keputusan untuk memberikan cinta kita untuk orang yang seterusnya.. dan ingat tidak salah apabila kita menyayangi orang lain walaupun tidak semestinya kita juga disayangi.. God please guide me in my love journey (^_^)