RSS

Elaun masuk.. 10% share Tuhan (^_^)v

Ehem.. Koniciwa… (^_^)  

           Memandang elaun untuk budak IPTAR baru tak lama masuk, memang hot topik kat kampus sekarang ialah MONEY!! Hehe.. manusia nie bila dapat duit skit terus la membuat ‘pelaburan’ di sana sini tanpa bnyak berfikir kan.. (aku dulu lebih kurang gitu gak.. he2).. tapi lama2 bila dah biasa pegang duit banyak baru aku matang sikit dlm urus2 duit nie.. Aku juga baru sedar bahawa, sememang elaun itu merupakan berkat dan pemberian yang aku dapat daripada Tuhan (^_^) Okla.. topik penting yang aku nak kupas hari nie ialah tentang PERSEPULUHAN bagi orang Kristian. Apa itu persepuluhan?? Penting sangat ke benda nie?? Mesti ramai yang mempunyai soalan sebegini.. Berikut adalah jawapannya..
(sumber http://wartamaranatha.blogspot.com)
  • Maleakhi 3:10 - Persepuluhan adalah perintah Allah bagi kita untuk mengembalikan (mempersembahkan) sepersepuluh dari berkat Tuhan yang kita terima.
  • Misalnya apabila berkat Tuhan yang kita terima melalui pekerjaan kita itu RM 5000,- bererti RM 500,- adalah milik Tuhan dan harusnya kita kembalikan dan persembahkan pada Tuhan.
  •  Tetapi bagi pelajar, berilah yang termampu.. Tuhan tahu keperluan kita.
  • Kemana?? Alkitab mengajarkan supaya kita bawa persepuluhan ke rumah Tuhan, (ayat 10).
  •  Untuk apa?? Supaya ‘ada makanan di rumahKu’. Ertinya supaya ada pemeliharaan bagi para hamba Tuhan dan dengan demikian ada ‘makanan rohani’ bagi umat Tuhan.
       Jadi, marilah kita belajar mengembalikan apa yang menjadi milik Allah! 

Persepuluhan: Rahsia Berkat TUHAN

Jika kita renungkan Maleakhi 3:8-12 kita akan menemukan bahwa Tuhan mengajarkan bahwa persepuluhan adalah rahsia pemeliharaan Tuhan. Mengapa?

1. Kerana persepuluhan adalah PERINTAH TUHAN!
  • Tuhan memerintahkan umat-Nya untuk mempersembahkan persepuluhan. Ketaatan pada perintah Tuhan akan selalu menuntun kita di tempat yang aman dan limpah dengan berkat.
  • Banyak orang mempersembahkan persepuluhan hanya kerana mahu diberkati berkali lipat, atau hanya kerana kedudukannya sebagai pelayan gereja.
  • Tidak salah bahawa taat pasti diberkati, namun mari kita mengembalikan milik Allah: persepuluhan karena memang kita mahu TAAT kepada Tuhan kita, Yesus Kristus. Dan ketaatan akan memimpin kita pada seluruh berkat-berkat Tuhan.
2. Kerana dengan tidak MENGEMBALIKAN persepuluhan, kita menempatkan diri sebagai penipu ALLAH (ayat 8-9).
  • Tuhan menegur umat Israel saat itu sebagai ‘penipu’ kerana tidak mengembalikan persepuluhan yang merupakan milik Allah.
  • Istilah ‘penipu’ dalam bahasa asli sebenarnya lebih tegas dengan menggunakan istilah “Pencuri”!
  • Apabila kita menahan dan tidak mengembalikan persepuluhan sebenarnya kita sedang menipu bahkan memcuri daripada Allah.
  • Tuhan sudah memberkati kita limpah bagi kita, tetapi apa yang kita lakukan?
  • Adakah Tuhan akan memberkati seseorang yang menipu diriNya?
  • Adakah Tuhan dapat Saudara tipu tanpa Dia tahu segalanya?
3. Kerana persepuluhan adalah TINDAKAN IMAN untuk menerima janji-janji TUHAN (ayat 10-12).
  • Tuhan berfirman “Ujilah Aku!” (ayat 10). Kemudian Dia berjanji akan memberkati yang mengembalikan persepuluhan. Dia berjanji akan memberikan berkat yang berlimpah dan perlindungan.
  • Mahu diberkati Tuhan? Kembalikanlah milik Tuhan, persembahkan persepuluhan kepada Tuhan.
  • Sebenarnya persepuluhan bukanlah sekadar tindakan iman untuk menerima janji-janji Allah, tetapi tindakan iman bahwa Saudara sudah diberkati oleh Allah!
  • Saat kita mempersembahkan sepersepuluh dari apa yang kita dapatkan dari Tuhan itu bererti kita menyatakan pada Tuhan bahwa kita SUDAH diberkati dan pasti akan diberkati lagi!
  • Justeru, persepuluhan adalah ungkapan iman dan syukur bahwa kita sudah diberkati oleh Tuhan Yesus dan pasti juga akan menikmati segala kelimpahan dariNya.

         Mari kita belajar mempersembahkan persepuluhan kita kepada Tuhan kerana itu adalah perintah Tuhan, tindakan iman dan syukur bahwa kita sudah dan pasti menerima berkat dan pemeliharaan TUHAN kita Yesus Kristus dengan berlimpah-limpah! Tuhan Yesus memberkati! Peace.. (^_^)v



2 comments:

F. Methieu said...

loike.....^^

Joyful Cristie said...

tq bob (^^)

Post a Comment