RSS

Kesaksian Gurmit Singh a.k.a Phua Chu Kang

Shalom........... (^_^) 
       Ramai orang pernah menonton aksi lawaknya sebagai Phua Chu Kang, dari siri television PCK Pte. Ltd. yang telah mula disiarkan di Singapura pada tahun 1997 sehinggalah 2007. Siri ini dengan cepat menjadi drama komedi nombor satu di Singapura. Pada kemuncaknya pada tahun 1999, siri ini ditonton oleh 500,000 penonton pada setiap minggu.
Kebanyakan orang sudah kenal watak Phua Chu Kang, kontraktor Cina yang banyak cakap dan kiasu (takut kalah) dengan tahi lalat besar di pipinya dan kasut but kuning yang selalu dipakainya. Tetapi tidak semua orang kenal pelakon di sebalik watak Phua Chu Kang. Oleh kerana lakonannya yang begitu menyakinkan, ramai orang tidak sedar pelakon watak Phua Chu Kang ini ialah Gurmit Singh yang bapanya keturunan Punjabi dan emaknya kacukan Cina-Jepun.

Berikut adalah kesaksian Gurmit Singh bagaimana dia mengenal Yesus dalam hidupnya...

        Pada usia mudanya, Gurmit seorang yang cepat naik darah. Apabila kakak-kakaknya menerima Yesus pada usia lanjut remaja mereka, Gurmit menjadi marah sekali sehingga menempeleng mereka. Walaupun begitu, kakak-kakaknya terus mendoakan untuk dia.
Pada tahun 1984, ketika Gurmit hanya berusia 19 tahun, emaknya telah disahkan mengidap barah peringkat yang sangat lanjut (Tahap Empat). Itulah waktu yang paling pedih dalam hidupnya. Dia sangat menyayangi emaknya. "Aku tak tahan melihat emakku terlantar saja di katil dengan mulutnya penuh dengan bengkak dan dalam kesakitan selalu. Dulunya dia selalu menjadi pengasuh anak-anak dan membuat kerja-kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan. Dia seorang yang aktif sebelum penyakit itu menguasainya."
Pada tahun berikutnya, kakak-kakaknya membawa Gurmit mengikuti rapat umum Kristian yang dikendalikan oleh penginjil terkemuka, Reinhard Bonke di Stadium Nasional Singapura. Dia ikut kerana dia ingin mengolok-olokkan orang-orang Kristian. Dia ingin mendapat lebih bahan semasa rapat umum itu untuk memperlekehkan kakak-kakaknya dan iman mereka.
      "Sebaliknya aku sangat tergerak sehingga menitis air mata dan aku dapat merasa kehadiran Tuhan yang begitu kuat sehingga bulu roma di lenganku pun naik. Aku menerima Yesus pada rapat umum itu," kata Gurmit.
"Pada malam itu, 13 November 1985, di stadium itu dengan 60,000 orang di sekelilingku, aku berasa seperti sedang berseorangan diri, dan aku mendengar suatu suara yang kecil memanggil kepadaku. Aku berlutut lalu berdoa dan menyerahkan hidupku kepada Tuhan," tambahnya lagi. Sejak waktu itu, hidup Gurmit berubah sama sekali.
Doktor pakar yang merawat ibunya memberikan ibunya tempoh hanya enam bulan lagi untuk hidup. "Kesihatan ibuku merosot dengan cepat. Nyata sekali bahawa kami akan kehilangannya," kata Gurmit.
Dia berdoa kepada Tuhan agar menyembuhkan ibunya. "Kedua ibubapaku sangat sayang anak-anak kecil. Aku ingin ibuku dapat hidup cukup lama untuk melihat cucu-cucunya, memeluk mereka dan bermain dengan mereka. Aku berdoa untuk teman wanita, dan tak lama dari itu Tuhan telah memberikan aku seorang teman wanita, yang kemudiannya menjadi isteriku," kata Gurmit sambil merujuk kepada isterinya yang berbangsa Cina, Melissa. "Kami mendapat dua anak yang comel, Gabrielle dan Elliot."
Emak Gurmit hidup lagi untuk 16 tahun, dan Gurmit segera memberikan kesyukuran kepada Tuhan yang telah mendengar doanya atas mukjizat kesembuhan ibunya.
"Doktor pakar itupun menjadi hairan apabila dia melakukan satu lagi ujian ke atas ibuku," kata Gurmit. "Aku masih boleh mengingat raut wajah doktor itu ketika dia memberitahu kami, 'Gurmit, apapun yang kamu cuba di luar hospital ini, teruskanlah itu. Kami telah memeriksa ibumu untuk mengesan sel-sel kanser yang merebak, tetapi sel-sel itu telah lenyap sama sekali!' "
"Dalam tahun 2000, apabila ibu mengidap kembali barah, aku mula-mulanya marah kepada Tuhan sehinggalah aku mendengar satu suara yang kecil dan tenang mengatakan kepadaku, 'Gurmit, kau ingat lagi doamu 16 tahun yang lalu? Aku telah mengizinkan ibumu hidup sehingga kini supaya dia dapat menikmati waktu bersama cucu-cucunya.' 
Akhirnya, Gurmit mengerti dan mengucap syukur kerana Tuhan telah memanjangkan usia ibunya selama 16 tahun itu. Kata Gurmit lagi, "Tuhan telah banyak memberkatiku. Aku memiliki isteri yang jelita dan anak-anak yang baik. Aku mahu mengembalikan kesyukuran dengan mendirikan rumahtangga Kristian yang akan melayani Tuhan dalam setiap aspek kehidupan kami."

P/s: wahh... dulu slalu tgk crita PCK depan TV sambil makan dinner hahaha... tersedak2 makan sambil ketawa dibuatnya hahhaha......Tuhan bekerja dengan cara yang berbeza di dalam hidup setiap umatNya.. tetapi satu yang pasti ialah rencana Tuhan untuk kita semua adalah rencana terbaik dan terindah lebih daripada yang kita mampu fikirkan... saya pernah mengalaminya.. bagaimana pula dengan anda??? God bless everybody (^_^) Peace!!

(Sumber: http://domba2domba.blogspot.com)

Cinta itu... sebagai pasangan kekasih Kristian (^_^)

     Memandangkan hari ini Hari Valentine, maka topik hangat sekarang of course la about LOVE kan hehe..  bagi sesetengah orang hari ini memang special sebab inilah masa untuk kasih sayang kat orang yang disayangi lebih-lebih lagi kekasih hati tercayang haha.. tapi bagi aku, hari valentine sama juga seperti hari-hari lain sebenarnya.. 


           Oklah apa yang aku nak kongsikan untuk entry terbaru kali ini ialah tentang ajaran cinta yang terdapat di dalam Bible orang Kristian. Info ini saya petik daripada khutbah Pastor Peter De Run semasa kebaktian di Gereja SIB Shalom ahad lepas. Begini ceritanya.. Apabila seseorang itu mengalami perasaan CINTA, dia sebenarnya sedang mengalami 3 perkara tanpa dia sedari.. 3 perkara ini di dalam konteks Kristian ialah 3 jenis perasaan cinta.. Apadia 3 jenis cinta itu??? Teruskanlah membaca hehee

         1.    Cinta Erotik
Ø  Cinta erotik merupakan satu perasaan cinta yang timbul apabila kita sudah tertarik kepada rupa fizikal atau luaran sesuatu atau seseorang itu.
Ø  Ini melibatkan apa yang kita lihat dan menimbulkan rasa suka di dalam hati kita.
Ø  2 Samuel 13:1-2 ada menceritakan tentang cinta erotik di mana Amnon jatuh cinta terhadap kecantikkan adiknya Tamar.
Ø  Dalam cinta erotik, tarikan terhadap sesuatu/sesorang akan menimbulkan keinginan untuk memiliki dan seterusnya membawa ke tahap untuk melakukan usaha-usaha supaya dapat memiliki dan menikmati tarikan tersebut.
Ø  Sebagai manusia, adalah normal untuk kita tertarik kepada rupa fizikal yang menarik dan perasaan itu bukanlah sesuatu yang salah.
Ø  Namun, wujudnya cinta erotik boleh menjadi kesalahan apabila kita melanggar syarat-syarat cinta ini.
Ø  Misalnya, cinta erotik boleh mewujudkan satu godaan yang kuat secara fizikal yang akhirnya boleh menyebabkan pasangan kekasih melakukan sesuatu yang haram.
Ø  Jadi, kawal cinta erotik anda lebih-lebih lagi untuk pasangan yang bercinta dan belum berkahwin (^_^)


          2.    Cinta Romantik 
Ø  Cinta romantik berkaitan dengan perasaan dan emosi di antara pasangan.
Ø  Cinta ini timbul hasil daripada apa yang kita fikir dan alami.
Ø  Biasanya, sesorang yang mengalami cinta romantik akan melakukan 4 perkara ini dengan pasangan mereka iaitu :-

                         i.        Bercakap banyak hanya dengan si dia sahaja.
ü  Seseorang menjadi lebih bersedia untuk berkongsi cerita dari hati ke hati bersama orang tersayang.
ü  Berkongsi pendapat dan perasaan.
                          ii.        Buat aktiviti  yang menyeronokkan bersama
ü  Bersama-sama bergembira melakukan sesuatu yang kita sama-sama minat dengan pasangan kita.
ü  Meninggalkan kesan mendalam dan mengeratkan hubungan.
                         iii.        Amalan yang menghasilkan keintiman
ü  Perkara kecil tetapi sangat romantik yang kita suka lakukan
ü  Misalnya mengatakan ‘I Love U’ sentiasa kepada si dia.
ü  Menghadiahkan bunga dan buat kejutan untuk si dia.
                         iv.        Sentuhan fizikal
ü Sentuhan sebenarnya sangat penting dalam sesuatu hubungan.
ü Sentuhan dapat menunjukkan perasaan sayang kita kepada si dia.
ü Misalnya memegang tangan dan pelukan.
ü Namun, haruslah berpada-pada jangan melampau plak ye lebih2 lagi kepada yang belum berkahwin..

       3.    Cinta Agape 
Ø  Juga dikenali sebagai cinta sejati dan cinta ilahi.
Ø  Berkiatan dengan roh yang ada di dalam diri kita.
Ø  Merupakan sifat kasih Ilahi.
Ø  1 Korintus 13:4-7 ada menceritakan tentang cinta bagi orang Kristian.
      "Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu."
Ø  Sebagai pasangan kekasih Kristian, kita mesti memiliki sifat agape.
Ø Perasaan untuk sengaja mematuhi perintah Tuhan dalam mengaplikasikan rasa sayang haruslah timbul di dalam diri.
Ø  Ingati semua sifat-sifat cinta yang terangkan di dalm Korintus dan amalkannya bersama pasangan kita maka cinta akan sentiasa diberkati Tuhan.
Ø  Yohanes 15:13 mengatakan tiada kasih yang lebih besar melainkan daripada seseorang yang sanggup mengadaikan nyawanya untuk anda.
Ø  Anda tahu seseorang itu benar-benar mengasihi anda jika dia sanggup mati untuk kita seperti Yesus mati untuk dosa kita.. (^_^)v

Jadi, sebagai pasangan kekasih Kristian, ketiga-tiga cinta ini penting untuk kita tahu. Kawal cinta erotik dan cinta romantik kita tetapi lebihkan cinta agape kita!! Kerana itu yang Tuhan mahu kita lakukan semasa kita bercinta.. Happy Valentine day everybody (^_^) Yesus cinta kita semua ya…..

P/s: Cinta lama dilalui dengan cara yang salah.. namun terima kasih Tuhan kerana mengajarkan aku untuk bagaimana bercinta… Ampunkan aku untuk dosaku untuk cinta terdahulu.. Berkati cintaku akan datang.. God bless everybody .. Happy Valentine Day (^_^)

Kesaksian Ricardo Kaka - I Belong To Jesus!

Kaka mengucap syukur selepas memimpin pasukan AC Milan
mengatasi Liverpool dalam Piala Juara-Juara UEFA 2007

Lahir di Brasilia pada  tahun 1982 dengan nama Ricardo Izecson dos Santos Leite, Kaka lahir dari sebuah keluarga penginjil yang kaya raya. Namun hal itu tidak membuatnya menjadi sombong dengan mengandalkan kekayaan keluarganya, ataupun mengikuti jalan hidup keluarganya dengan menjadi penginjil. Kaka mempunyai jalannya sendiri dan caranya sendiri.Sejak kecil ia sangat menggemari bola sepak, bahkan dalam usia remaja ia menjadi pemain yang cukup terkenal di daerahnya dengan bermain sebagai pemain simpanan di kelab San Paulo.
Ricardo Kaka
Kaka lahir di dalam keluarga Kristian. Tetapi dia belum Kristian sungguh-sungguh. Sampai suatu hari ketika dia berusia 18 tahun, pada bulan Oktober 2000, dia mendapat kecelakaan. Ketika dia melompat ke dalam kolam renang, kepalanya terantuk dengan dasar kolam renang. Sehingga tulang lehernya menjadi retak dan tidak dapat digerakkan. Kaka pun tidak dapat berjalan.
Doktor mengatakan ia tidak dapat bermain bola sepak lagi, bahkan kemungkinan besar akan lumpuh akibat cedera itu. Tidak ada tindakan pembedahan atau terapi yang dapat menyelamatkannya. Hidup Kaka hancur berkecai saat itu, kecintaannya pada bola sepak begitu besar, kini semua harus berakhir, bahkan sisa hidupnya harus diisi dengan menjalani kelumpuhannya.
Namun Kaka tahu ke mana ia harus meminta tolong saat doktor sudah angkat tangan. Kaka bergumul dengan Tuhan Yesus, tidak putus-putusnya ia berdoa memohon kesembuhannya. Ia bernazar pada Tuhan Yesus, bila ia sembuh dan dapat bermain bola sepak lagi, ia akan mempersembahkan seluruh pencapaiannya itu pada Tuhan Yesus. 
Dan keajaibanpun terjadi, setahun setelah kecelakaannya itu tepatnya tahun 2001, Tuhan Yesus menyembuhkannya, ia sembuh sepenuhnya daripada sakitnya. Bahkan ia dapat meneruskan bermain sepak bola lagi. Tuhan Yesus juga memberikan hadiah bonus, ia tidak lagi menjadi pemain simpanan melainkan menjadi pemain utama dan andalan dalam kelabnya.
Tuhan Yesus membuat permainan Kaka menjadi begitu hebat sehingga pengurus pasukan kebangsaan Brazil terpikat akan permainannya, dan memanggil Kaka untuk mengenakan baju kemegahan pasukan Brazil, emas dan hijau, diberi kepercayaan untuk bertarung di Piala Dunia 2002.
Kaka bermain untuk Brazil
Dari sekian banyak bakat baru bersinar di Brazil , ia hanyalah seorang pemain muda yang belum setahun mewakili kelabnya, namun sudah dipanggil masuk pasukan kebangsaan. Bagi Kaka itu adalah keajaiban dan anugerah yang besar baginya.
Walaupun dia hanya jadi pemain simpanan dan duduk di pinggir padang menonton pertandingan para seniornya di Piala Dunia, namun Kaka sudah sangat senang dapat ikut serta dalam pertandingan sebesar Piala Dunia. Kaka tidak menyedari Tuhan Yesus sedang menyediakan keajaiban lainnya bagi dia. 
Beberapa perlawanan berjalan begitu sengit bagi Brazil , sehingga beberapa pemain bintang harus disimpan karena cedera. Datanglah kesempatan bagi Kaka untuk turun mewakili pasukannya. Dalam perlawanan itu, Brazil pun menang, peristiwa bersejarah yang menggemparkan dunia itupun terjadi, Kaka mengangkat seragamnya dan di baliknya ada sebuah tulisan yang menggegarkan, baju putih itu mempamerkan tulisan “I Love Jesus”.
Itu terus dilakukannya setiap kali teman-temannya merayakan gol. Dan akhirnya Brazil pun memenangkan Piala Dunia 2002, setelah menewaskan Jerman di perlawanan akhir dengan keputusan 2-0. Dalam perarakan kemenangan di negaranya sendiri, baju kesayangan yang bertuliskan ‘I love Jesus’ itu tidak pernah dilepasnya. Hal itu memberi inspirasi kepada ramai pemain Brazil (bahkan pemain negara lain) melakukan hal yang sama. 
Sewaktu diwawancara oleh rangkaian TV dan ditanya mengapa ia melakukan hal itu, ia berkata, “Saya ingin memperlihatkan dengan hidup dan kerja saya, apa yang telah Tuhan Yesus lakukan bagi saya, supaya orang lain dapat melihat apa yang Tuhan Yesus boleh lakukan dalam kehidupan mereka.”

Kaka dan pemain-pemain Brazil dengan baju "Jesus Loves You"
selepas memenangi Piala Konfederasi FIFA 2005 di Frankfurt

Permainannya yang cantik di Piala Dunia tidak luput dari perhatian sebuah kelab gergasi di Itali, AC Milan. Tidak lama kemudian mereka meminta Kaka masuk dalam pasukannya sebagai pemain utama. Kaka pun pindah menyertai AC Milan, masuk dalam liga Italia yang keras dan penuh bintang. Namun dalam musim pertamanya di Liga Italia Seri A, ia langsung menyumbangkan gelaran juara scudetto bagi AC Milan.
Dalam waktu singkat Kaka menjadi bintang dan pujaan banyak orang khususnya wanita, kekacakannya yang seperti seorang bintang filem membuat ia selalu dikejar-kejar peminat-peminat wanita, di manapun ia berada akan selalu ada jeritan gadis-gadis muda yang mengaguminya.
Perkahwinan Kaka dan Caroline
Namun cinta dan kesetiannya hanya pada Caroline Celico, kekasihnya yang jauh di Brazil . Walaupun kehidupan pemain sepakbola selalu dikeliling wanita-wanita cantik super model, atau pesta-pesta kemenangan, Kaka selalu menghindari semuanya itu. Ia bahkan tidak mahu membawa Caroline tinggal dengannya di Itali sebelum pernikahan, seperti yang dilakukan para pemain bola di liga-liga besar.
Tahun 2005, Kaka meminang Caroline, dalam sebuah upacara perkawinan yang sangat sederhana, sangat berbeda dengan pernikahan selebriti lain yang super mewah. Dalam sidang akhbar ia menyatakan bahwa ia masih perjaka dan Caroline masih perawan.
“Itu adalah jangka waktu yang penting, sebuah ujian untuk cinta kami berdua. Saya seorang lelaki normal dan pasti tergoda untuk melakukan hubungan sebelum pernikahan, tapi saya dapat melewatinya. Malam pertama kami juga ditandai darah keperawanan, sebagai tanda cinta suci kami.”
Anak mereka yang pertama bernama Luca lahir pada tahun 2008. Ketika Kaka kembali ke Brazil dan tidak mengikuti pertandingan, Kaka sering berkhutbah dan memimpin pujian di gerejanya.
Walaupun sebuah isu pindah agama sempat menerpanya di akhir tahun 2006, namun Kaka membuktikan pada mata dunia, bahwa ia adalah murid Kristus sejati dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UEFA Champions League) Mei 2007. Menjadi wira kemenangan melawan Liverpool , Kaka langsung merayakan golnya dengan membuka bajunya dan menunjukan tulisan “I belong to Jesus” kemudian berlutut berdoa bersyukur di tengah padang. Teman-temannya yang lain turut merayakannya, tapi mereka mengerti dan tidak mengganggu Kaka yang sedang berdoa. Peristiwa ini ditonton jutaan penonton yang menyaksikan final Liga Juara-Juara 2007.
Bagi Kaka beserta seluruh pemain dan pendukung AC Milan, kemenangan ini merupakan mukjizat. Tidak ada yang menyangka AC Milan akan menang, di tengah kepungan 3 gergasi Inggeris yang diunggulkan iaitu Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
Kaka menjadi Penjaring Terbanyak dalam Liga Juara-Juara, pertarungan liga paling berprestij dan tertinggi di seluruh dunia. Membuatnya dinobatkan sebagai raja oleh para media Itali, dan layak dinobatkan sebagai pemain terbaik di dunia, langsung memenangi gelaran “World Player of the Year 2007” daripada FIFA.
Kaka memenangi FIFA World
Player of the Year 2007
Kaka sering menyaksikan akan keajaiban yang dialami dalam hidupnya. Tuhan Yesus sering mempunyai sesuatu yang lebih untuk kita daripada apa yang kita fikirkan, kata Kaka : “Aku tidak pernah menyangka akan menjadi pemain bolasepak dunia bahkan memenangkan penghargaan dari FIFA.” Ayat Alkitab yang sering Kaka ingat adalah diambil dari Yohanes 4:16, di mana Yesus berkata “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.”
Kaka salah satu bintang bola sepak dalam pasukan Brazil. Demikian juga di Eropah di kelabnya yang sekarang di Real Madrid. Kelab-kelab kaya seperti Real Madrid telah mengajukan penawaran sebesar 56 juta euro (235 juta ringgit) sebagai nilai pemain termahal saat itu.
Kaka dengan teman-temannya seperti Lucio (kapten) mengadakan Bible Study (Pengkajian Alkitab) dan berdoa. Mereka sepakat untuk dapat memuliakan Tuhan Yesus pada waktu pertandingan dijalankan. Termasuk membuat baju dalam khusus yang bertuliskan “I Belong To Jesus” atau “I Love Jesus”. Pada tahun 2006 FIFA melarang para pemain Brazil untuk memakai baju dalam tersebut.
“Kami mematuhi peraturan FIFA tersebut.” kata Kaka. “Kami percaya mempunyai tugas untuk menabur dan biarlah Roh Kudus yang akan menumbuhkannya. Kiranya hidup kami dapat memuliakan nama Tuhan Yesus yang di syurga, dan memimpin ramai orang datang kepada Tuhan Yesus dengan contoh hidup kami.” Amen...!
P/s: Dipetik daripada http://domba2domba.blogspot.com/.. sila kunjungi website ini.. banyak cerita yang mendorong dan memotivasikan saya dapati di sini... (^_^) God bless the blogger..