Oklah apa yang aku nak kongsikan untuk entry terbaru kali ini ialah tentang ajaran cinta yang terdapat di dalam Bible orang Kristian. Info ini saya petik daripada khutbah Pastor Peter De Run semasa kebaktian di Gereja SIB Shalom ahad lepas. Begini ceritanya.. Apabila seseorang itu mengalami perasaan CINTA, dia sebenarnya sedang mengalami 3 perkara tanpa dia sedari.. 3 perkara ini di dalam konteks Kristian ialah 3 jenis perasaan cinta.. Apadia 3 jenis cinta itu??? Teruskanlah membaca hehee
1. Cinta Erotik
Ø Cinta erotik merupakan satu perasaan cinta yang timbul apabila kita sudah tertarik kepada rupa fizikal atau luaran sesuatu atau seseorang itu.
Ø Ini melibatkan apa yang kita lihat dan menimbulkan rasa suka di dalam hati kita.
Ø 2 Samuel 13:1-2 ada menceritakan tentang cinta erotik di mana Amnon jatuh cinta terhadap kecantikkan adiknya Tamar.
Ø Dalam cinta erotik, tarikan terhadap sesuatu/sesorang akan menimbulkan keinginan untuk memiliki dan seterusnya membawa ke tahap untuk melakukan usaha-usaha supaya dapat memiliki dan menikmati tarikan tersebut.
Ø Sebagai manusia, adalah normal untuk kita tertarik kepada rupa fizikal yang menarik dan perasaan itu bukanlah sesuatu yang salah.
Ø Namun, wujudnya cinta erotik boleh menjadi kesalahan apabila kita melanggar syarat-syarat cinta ini.
Ø Misalnya, cinta erotik boleh mewujudkan satu godaan yang kuat secara fizikal yang akhirnya boleh menyebabkan pasangan kekasih melakukan sesuatu yang haram.
Ø Jadi, kawal cinta erotik anda lebih-lebih lagi untuk pasangan yang bercinta dan belum berkahwin (^_^)
2. Cinta Romantik
Ø Cinta romantik berkaitan dengan perasaan dan emosi di antara pasangan.
Ø Cinta ini timbul hasil daripada apa yang kita fikir dan alami.
Ø Biasanya, sesorang yang mengalami cinta romantik akan melakukan 4 perkara ini dengan pasangan mereka iaitu :-
i. Bercakap banyak hanya dengan si dia sahaja.
ü Seseorang menjadi lebih bersedia untuk berkongsi cerita dari hati ke hati bersama orang tersayang.
ü Berkongsi pendapat dan perasaan.
ii. Buat aktiviti yang menyeronokkan bersama
ü Bersama-sama bergembira melakukan sesuatu yang kita sama-sama minat dengan pasangan kita.
ü Meninggalkan kesan mendalam dan mengeratkan hubungan.
iii. Amalan yang menghasilkan keintiman
ü Perkara kecil tetapi sangat romantik yang kita suka lakukan
ü Misalnya mengatakan ‘I Love U’ sentiasa kepada si dia.
ü Menghadiahkan bunga dan buat kejutan untuk si dia.
iv. Sentuhan fizikal
ü Sentuhan sebenarnya sangat penting dalam sesuatu hubungan.
ü Sentuhan dapat menunjukkan perasaan sayang kita kepada si dia.
ü Misalnya memegang tangan dan pelukan.
ü Namun, haruslah berpada-pada jangan melampau plak ye lebih2 lagi kepada yang belum berkahwin..
3. Cinta Agape
Ø Juga dikenali sebagai cinta sejati dan cinta ilahi.
Ø Berkiatan dengan roh yang ada di dalam diri kita.
Ø Merupakan sifat kasih Ilahi.
Ø 1 Korintus 13:4-7 ada menceritakan tentang cinta bagi orang Kristian.
"Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu."
Ø Sebagai pasangan kekasih Kristian, kita mesti memiliki sifat agape.
Ø Perasaan untuk sengaja mematuhi perintah Tuhan dalam mengaplikasikan rasa sayang haruslah timbul di dalam diri.
Ø Ingati semua sifat-sifat cinta yang terangkan di dalm Korintus dan amalkannya bersama pasangan kita maka cinta akan sentiasa diberkati Tuhan.
Ø Yohanes 15:13 mengatakan tiada kasih yang lebih besar melainkan daripada seseorang yang sanggup mengadaikan nyawanya untuk anda.
Ø Anda tahu seseorang itu benar-benar mengasihi anda jika dia sanggup mati untuk kita seperti Yesus mati untuk dosa kita.. (^_^)v
Jadi, sebagai pasangan kekasih Kristian, ketiga-tiga cinta ini penting untuk kita tahu. Kawal cinta erotik dan cinta romantik kita tetapi lebihkan cinta agape kita!! Kerana itu yang Tuhan mahu kita lakukan semasa kita bercinta.. Happy Valentine day everybody (^_^) Yesus cinta kita semua ya…..
P/s: Cinta lama dilalui dengan cara yang salah.. namun terima kasih Tuhan kerana mengajarkan aku untuk bagaimana bercinta… Ampunkan aku untuk dosaku untuk cinta terdahulu.. Berkati cintaku akan datang.. God bless everybody .. Happy Valentine Day (^_^)
4 comments:
hehe..agak2, cinta ku cinta apa ya? apapun, haleluya! tiada kasih dan cinta yg lebih besar selain dari kasih Yesus! :)
dalam relationship ktai harus bc ketiga2 cinta nyak sulu... 10% cinta erotik, 20% cinta romantik & 70% cinta agape hehheehe
thanx sharing...khotbah tok yg ku tertinggal...
Welcome flo hehehe... =)
Post a Comment